"Kaana Kazaa Wa Kazaa"


بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kazaa wa kazaa?
Hakaza wa kaza?

Qursiah nyanyi lagu Wassini ke?

Wassini. 
Rupanya maksud Wassini ialah: Nasihatkanlah Aku.
Sesuai juga dengan post ni.
Sebab diri ini baru diilhamkan dengan sebuah nasihat.

Bila Allah tegur kita, ia akan datang dalam bermacam-macam cara.
Kadang-kadang, Allah hantarkan hambaNya untuk tegur kita.
Kadang-kadang, Allah gerakkan hati.
Kadang-kadang pula, Allah ingatkan kita- atau Allah tarik balik "lupa" dari fikiran kita.

Er, tarik "lupa"?
Maaflah, ayat saya memang macam ni.
Kesian juga anak murid...agaknya ramai yang terkial-kial sebab tak faham ayat ustazah ni.. :3



Maksud saya, kadang-kadang kita dah pernah belajar, pernah tahu, dan pernah ingat sesuatu.
Tapi sebab kita tak refresh ingatan tu, kita terlupa. Biasalah, manusia itu takkan lari dari sifat lupa.
Jadi, bila Allah tarik balik "lupa" tu, maka kita pun ingat semula apa yang kita pernah ingat satu masa dulu.

Kazaa Wa Kazaa
Sedang Qur duduk berfikir tadi, tiba-tiba terlintas sepotong ayat: "Lau anni fa'altu kazaa, kaana kazaa wa kazaa"

Erk, apa tu?
Itu sebenarnya satu ayat dalam sebuah hadith.
Hadith Mu'min Qawiy (Mukmin yang kuat).


Dirwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

  الْمُؤْمِنُ الْقَوِىُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِى كُلٍّ خَيْرٌ
Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun masing-masing ada kebaikan. 
 احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ 
Semangatlah meraih apa yang manfaat untukmu dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. 
وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّى فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا.
Jika engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, “Seandainya aku berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain.” 
 وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ 
Akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat.” Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan.

(HR. Muslim)

Dari hadith inilah datangnya ayat "Kaana Kazaa Wa Kazaa" tu. 
Hadith ni, subhanAllah.
Macam-macam peringatan dalam satu hadith yang ringkas.

Buat masa ni, peringatan tentang perkataan kalau (لَوْ) itu sangat bermakna.
Kadang-kadang (atau selalunya) bila kita fikirkan tentang sesuatu yang belum tentu, kita akan banyak "berkalau". Lagi banyak "kalau", lagi tinggi rasa ragu dalam diri. Dan rasa ragu itu kemungkinannya datang dari siapa? 
Ye betul! Dari syaitan... Paaaaandai dia. Eh, macam dalam kelas pula. 



Jadi, elakkan dari "berkalau-kalau".
Think, but do not overthink. 
Sangat-sangat tak bagus untuk kesihatan badan dan kesihatan iman.
Andai ragu, serahkan padaNya.
InshaAllah, Dia sentiasa ada bersama kita.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

No comments