Awak nak awak ajar awak?

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


"Do you want to be taught by you?"

Satu quote yang saya terbaca di instagram.
Ayat yang ringkas, tetapi mendalam maknanya.
Kalau saya student, saya nak guru macam saya?

Tapi bila fikir dua kali, saya rasa susah nak berpegang sepenuhnya pada ayat ni.
Kerana, tak semua student seperti saya.
Apa yang saya nak tak semestinya apa yang student nak.


Teringat perbualan masa di uni dulu...

"Takut lah lecturer tu... dia garang", dia merungut.
"Hmm... rasanya dia bukan garang, cuma tegas. Disciplined.", jawabku selepas berfikir beberapa saat.

"Well, yeah...betul. Tapi macam strict sangat..."
Aku mengguk perlahan.

Ok lah kalau strict. Kalau tak, siapa lagi nak ingatkan kita, dan sampai bila kita asik nak langgar peraturan? Rules were made for a reason. And inshaAllah the rules yang lecturer ni tekankan adalah untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat... diriku bermonolog panjang.

.
.
.

Tak semua orang sama dengan kita.
Tak semua yang kita suka, orang suka juga.

"When in doubt, refer to the Quran and the sunnah of Prophet Muhammad s.a.w"

Rasulullah s.a.w jugalah contoh yang terbaik.
Cara Rasulullah dapat melembutkan sekeras-keras hati (dengan izin Allah).

Perlu belajar cara mengajar dan mendidik ikut sunnah.
Penuh hikmah.

Kita cuba.
InshaAllah.
:)

Assalaamu'alaikum.