Kisah Stamp

بسم الله الرحمن الرحيم 



Di dalam bilik guru, selepas kelas.

"Oh, lupa nak kasi awak.", katanya. Dihulurkan sekotak plastik yang berisi stamp. Ada yang tertulis "Super!", "Great!" dan sebagainya.

"Awak mark buku budak-budak kan? Nanti boleh pakai ni.", sambungnya lagi.

"Cantiknya stamp ni semua~ Awak beli?" mataku bersinar.

"Tak lah. Ni dari sekolah yang mak saya mengajar. Semua ni nak dibuangnya sebab ada stok yang baru. Jadi dia ambil dan beri pada saya." jelasnya.

Terkedu.
Nak buang stamp ni?
Tanganku membelek-belek stamp tersebut satu persatu. Elok lagi.
Pelik. Buang barang yang masih elok?

"Sekolah tu memang akan dapat stok barang-barang sekolah baru setiap tahun. Jadi yang lama-lama dibuang semuanya. Baik yang sudah digunakan mahupun yang belum digunakan lagi."terangnya bersahaja.

Dahsyat, bisik hatiku.
Mungkin itu budaya mereka. Sekolah orang-orang senang. Sekolah omputih. Hmm...

"Dari dia buang barang-barang tu, kasilah kita. Kita tak ada barang baru.Hee..." diriku selamba berseloroh.

"Itu lah, kaya sangat tu sampai buang barang-barang yang elok lagi...", seorang lagi rakan kerja menyampuk.

"Tak apalah, orang-orang ni memang senang di dunia. Kita pula mungkin susah di dunia, tapi inshaAllah senang di akhirat", seorang lagi rakan sekerja mengingatkan kami.

Tersenyum hati.
MashaAllah, benar kata-katanya.
Biarlah kita bersusah di dunia. Bukankah dunia ini sementara cuma?

Biar setiap kesusahan dan kepayahan yang kita hadapi itu mendekatkan kita pada Allah.
Biar setiap cabaran dan ujian itu dapat menguatkan lagi kesabaran dalam diri kita.
Semoga Allah terima setiap kesabaran dan usaha kita, inshaAllah.

Bukankah Allah dah janji pada kita: "inna ma'al 'usri, yusraa"? :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

No comments