Tak Nak Kawin

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Tiba-tiba teringat satu perbualan/diskusi bersama seorang sahabat satu masa dulu...



"Saya tak nak kawin"
"Eh, kenapa pula?"

"Saya nak jadi macam Rabiatul Adawiyah."
"Rabiatul Adawiyah tu wali Allah. Lain. Kita lain."

"Tapi kita boleh cuba untuk jadi yang terbaik, kan?"

...

"Awak tau, antara cara paling mudah untuk seorang Muslimah tu masuk syurga apa?"
"Apa dia?"


"Jadi seorang isteri yang solehah."

”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke sy urga dari pintu mana sahaja kamu suka.” 
(Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani) 
 "Sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” 
(hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

"Dan banyak lagi hadis Nabi tentang isteri solehah. Hatta bidadari di syurga pun cemburu dengan isteri yang solehah."


Terdiam.

------------------------------------------------------------------------------------------

Terbaca pula di fesbuk kawan:

"Kawin awal tu rezeki.
Rezeki hidup awal sebagai suami isteri.

Namun yang lambat bertemu jodoh juga rezeki.
Rezeki hidup lebih dengan ibu dan ayah."


Teringat juga mafhum hadis, di mana Rasulullah s.a.w menyuruh seorang sahabat menjaga ibu bapanya dan melarangnya dari berperang. Kita selalu terfikir tentang pahala jihad di mana jika kita rebah, kita akan mati syahid.

Tetapi Rasulullah s.a.w meletakkan status ibu bapa lebih tinggi dari itu. Maknanya...?
Haa... Fikir-fikirkan sendiri ye. Jangan malas berfikir. :)

Renungan malam Ramadhan sikit. ^^
Harap betulkan mana yang tersilap, inshaAllah.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

No comments