Kenapa Berpurdah?


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum wr. wb.


Gambar Sekadar Hiasan
Satu masa dulu, pemakaian purdah ni agak asing dalam masyarakat kita. Kita sangkakan orang Arab je pakai purdah. Kini pula, bermacam jenis purdah/niqab yang boleh didapati di luar sana, dan semakin ramai muslimah yang mengenakan purdah/niqab.

Apa sebenarnya beza purdah dan niqab? Apa hukum pemakaiannya? Haa, jom baca sama-sama. Semoga bermanfaat, inshaAllah. :)

Apa Itu Purdah?

Purdah, burka, niqab... Semua sama ke?
Tak sama sebenarnya. Tak apa, saya pun guna istilah-istilah tu interchangeably sebelum ni. Syukur ada ustaz google tolong terangkan. ^_^v

Gambar Sebagai Rujukan


Burqa itu adalah sejenis kain yang  menutup kepala dan badan. Ia mempunyai jaring di bahagian mata. Ia adalah pakaian tradisional wanita-wanita bangsa Pashtun di Afghanistan.

Niqab pula adalah sejenis kain yang menutup seluruh muka wanita itu, kecuali mata.

Purdah pula adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutup sebahagian besar wajah seorang wanita1.

Hukum Berpurdah

Pertama sekali, saya ingin memaklumkan bahawa saya hanyalah seorang muslimah yang masih belajar, masih cuba memahami, dan masih banyak kekurangan. Hukum yang akan saya kongsi di bawah adalah hasil bacaan semata. Jika ada yang salah, harap tunjuk dan betulkan, inshaAllah. :)

Terdapat  khilaf pada pandangan ulama' tentang pemakaian purdah/niqab. Secara ringkasnya, jumhur ulama' (majority) mengatakan hukumnya tidak wajib1,- ianya harus (mubah). Tetapi, jika wajah itu boleh mendatangkan fitnah, lebih baik ia ditutup dengan pemakaian purdah/niqab. Bila dikatakan wajah itu boleh mengundang fitnah, ia boleh jadi kerana terlalu cantik, atau ada keaiban/kekurangan pada wajah sehingga dijadikan topik umpatan/perbualan.

Senang kata, kalau wajah tu mendatangkan fitnah, maka lebih baik ditutup.  Tapi, kalau wajah kita tak mendatangkan fitnah, nak tutup boleh, tak tutup pun boleh. :)

Sebahagian mazhab Syafi'ie dan mazhab Hanbali berpendapat bahawa wajah seorang wanita itu dikira sebagai aurat. Maka, pemakaian purdah/niqab diwajibkan.

Manakala mazhab  Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa wajah seorang wanita itu bukan aurat, tetapi pemakaian purdah/niqab itu sunnah hukumnya (digalakkan)2.

Jadi janganlah fikir orang berpurdah tu semuanya cantik sangat, atau semuanya ada kekurangan. Ada pelbagai sebab kenapa seseorang tu memilih untuk memakai purdah. Kalau nak tau, tanyalah tuan punya badan tu (tapi saya tak jamin dia akan berikan jawapan. hee).

Pemakaian Purdah Kini

Alhamdulillah, sejak beberapa tahun lepas, saya lihat semakin ramai yang berpurdah. Kalau satu masa dulu, pemakaian purdah tu kelihatan sangat asing di mata masyarakat, kini ia dilihat kurang sikit asingnya. Ye, masih agak asing. Tetapi tak apa... Kerana:-



Walaupun masih kelihatan asing di mata orang ramai, andai pakaian itu mengikut syara', bersederhana, dan sopan, it's okey. :)

Pemakaian purdah juga berbeza di sebahagian negara. Di Malaysia ramai muslimah yang mengenakan purdah (atau saya suka panggil, half-niqab) di mana kening dan dahinya tidak ditutup. Tetapi, di negara lain, mereka lebih banyak mengenakan niqab (atau full-niqab) di mana hanya mata mereka yang dibiarkan tidak tertutup. Hukum dan perbincangan pemakaian yang berbeza dari segi budaya ini, saya serahkan kepada yang lebih berilmu. Allahua'laam. :)

Tujuan Berpurdah

Kesimpulan yang boleh diberikan bagi menerangkan tujuan berpurdah adalah: untuk mendapatkan keredhaan Allah. Wajib, sunnah, atau harus, pokoknya tujuan berpurdah/berniqab itu adalah untuk menjaga iman, hati, dan diri, demi mendapatkan mardhatillah.

Garis Pandu Berpurdah/Berniqab

Baiklah, kita sudah maklum bahawa terdapat berbeza pendapat tentang pemakaian purdah/niqab. Tetapi semuanya dilakukan kerana Allah. Jadi, di sini saya kongsikan beberapa garis pandu bagi saudari-saudari seagama yang dikasihi kerana Allah yang baru berpurdah, atau akan berpurdah. Semoga bermanfaat. :)

1. Niat

Sebelum berpurdah, tanya pada diri, apa sebabnya kita ingin berpurdah. Jika ada setitik pun rasa ingin mendapat pujian, istighfarlah dan perbaharui niat itu. Jadikan sebab utama kita hanya untuk mendapat keredhaan Allah.

Sepanjang kita berpurdah pula, sentiasa check niat dan hati. Bersihkan dan refresh niat dan hati kita untuk berpurdah lillahi ta'alaa.

2. Jaga Diri dan Adab.

Berpurdah atau tidak, sebagai seorang yang beragama Islam, secara tidak langsung kita akan melambangkan agama Allah yang indah ini. Jadi jagalah diri, perbuatan, tutur, dan adab kita secara keseluruhannya. Risau kalau tercemarkan agama Allah dengan perbuatan kita.

Elakkan dari gelak tawa berdekah-dekah, meninggikan suara, atau berkelakuan kurang elok di khalayak ramai. Kalau nak buat macam tu dekat rumah dengan keluarga sendiri tak apa je kot. ^_^v

Lebih-lebih lagi bila berpurdah, kita akan mendapat lebih sikit perhatian dari orang lain. Mata-mata yang memandang terkadang lebik tajam dari biasa. Jadi saya nasihatkan, jaga diri baik-baik ye~

3. Bersederhana

Dalam masyarakat negara Asia, rata-rata pemakaian baju dan tudung yang berwarna-warni itu satu kebiasaan. Jadi tak perlu risau kalau dah berpurdah tu, nak kena pakai baju hitam sahaja. Tak, boleh je pakai warna-warni3. Yang penting: tidak terlalu menarik perhatian.

Antara tujuan berpurdah adalah untuk mengelakkan diri dari fitnah dan pandangan orang. Jadi bila kita berlebih-lebihkan dalam pemakaian purdah/niqab, it defeats the purpose of wearing the niqab in the first place. 

Elakkan dari memakai warna yang terlalu menyerlah seperti merah menyala, hot pink, neon green (ada ke jual purdah atau jubah neon green?), corak haiwan ke... Ya Allah, kalau ada yang pakai tudung+purdah corak haiwan...tak tau lah nak kata apa. Jangan buat ye~ >.<

Elakkan juga dari memakai makeup mata yang berlebihan. Lebih baik lagi, elakkan memakai makeup secara keseluruhannya . Saya jujur ye... bila pakai purdah ni, secara automatic pandangan orang lain akan pergi ke mata kita. Sebab itu je yang dia nampak pada muka kita. Ingat tak, kita berpurdah untuk mengelakkan diri dari fitnah atau menarik perhatian, kan?

Jadi bila kita pakai celak tebal siap dengan cat's eye flick dekat hujung tu,
pakai eyeshadow untuk contour bentuk mata tu,
bentukkan kening ala-ala gaya Arab atau Korea,
pakai mascara yang melebatkan, melentikkan, dan memanjangkan bulu mata,
dan pakai contact lens yang berwarna-warni semua tu,
tak ke makin menarik perhatian orang, sayangku~? :)

Gambar sekadar hiasan
4. Jaga Mata

Bukan sahaja mata kita, tapi juga mata orang yang memandang kita. Bagaimana? Dengan bersederhana, dan menjaga diri. Garispandu ini tidak terhad pada dunia luar sahaja, tetapi dunia siber juga.

Kalau nak upload gambar sendiri di laman sosial, boleh. Silakan. Tapi sayangku, elakkan dari mengupload gambar berpurdah di mana mata kita pandang tepat ke camera, dan gambar itu dekat (zoomed ke muka), dan sangat jelas. Lebih-lebih lagi dengan pandangan mata yang tajam atau comel sangat. Saya tau awak comel. Tapi simpan kecomelan tu dulu ye... Nanti bergetar tulang rusuk kiri saudara-saudara kita tu bila melihatnya, macam mana? Kesian mereka. :)

Ingat, kita berpurdah untuk mendapatkan redha Allah, menjaga diri dari fitnah, dan juga untuk menjaga hati dan iman.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, bila berpurdah, ingatlah kata kunci berikut:-

1. Lillahi ta'alaa (bukan li mendapat pujian orang ramai),
2. Bersederhana (jangan tabarruj)
3. Tidak terlalu menarik perhatian (Low profile....macam Batman.)

Inilah sedikit sebanyak yang mampu saya kongsikan kali ini. Kalau nak diceritakan semua isu di sebalik pemakaian purdah ni, jadi novel lah jawabnya. hehe. Jadi saya simpan untuk masa depan nanti, inshaAllah.

Jika ada kesilapan pada kata-kata dan penerangan, harap tegur dengan berhikmah.
Jika ada persoalan, silakan.
Jika ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Harap angkat dan buang. Takut terpijak pula nanti (eh, apa ni?).

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.


Sumber-sumber:

1. https://www.facebook.com/notes/-koleksi-soal-jawab-agama-/soal-jawab-ibadah-isu-purdah-dan-hukum-memakainya/151162434913241
2. http://syahirul.com/purdah-niqab-mengikut-empat-mazhab/
3. https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=426438094077837&id=133106220077694&fref=nf

1 comment