Dakwah Pakcik Teksi

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Wr. Wb 

Jarang dapat pemandu teksi melayu Islam di Singapura.
Semalam jumpa seorang.
Dia ajukan soalan cepumas:

"Adik pernah terfikir tak, kenapa umat Islam sekarang macam ni. Senang bergaduh antara satu sama lain, senang kalah, senang ditindas.. Pernah tak fikir?" 

Pernah ditanya soalan yang sama sebelum ni.
Tapi kali ni saya pilih untuk berdiam.
Teringin nak tau apa yang nak disampaikan sebenarnya.
Apakah konteks yang dimaksudkan.

"Sebab umat Islam sekarang rasa cukup dengan keadaan Islam dia."

Jawapan déjà vu.

"Orang Islam sekarang rasa cukup dengan solat, puasa. Tak ada rasa keinginan nak belajar dan faham tentang Islam lagi."

Saya angguk-angguk di passenger seat.
Tak pasti kalau pakcik nampak atau tak.



Pernah ada seorang sahabat tanyakan soalan yang sama.
Dan jawapannya juga sama: orang Islam zaman ini rasa cukup dengan ibadah yang dia buat.

Tapi soalannya, betul ke cukup?
Solat 5 waktu kita tu, apa kualitinya? Diterima atau tidak?
Tak ada rasa keperluan untuk cukupkan dengan solat rawatib? Mengaji? Berzikir?

Ilmu kita tentang Islam, cukupkah?
Apa yang asatizah ajar di sekolah dulu, setakat itu sahajakah kita nak jadikan bekalan dan panduan sepanjang hidup?
Tak rasa teringin belajar lebih lagi tenang fiqah, sejarah Islam, aqidah?
Tak rasa ingin faham Islam yang menjadi cara hidup kita?

Soalan macam ni selalunya ditolak ke tepi.
Kita takut nak fikir banyak sangat isu ni.

Kenapa? Sebab kita sendiri sebenarnya tahu jawapannya.
Dan sebab kita rasa cukup dengan apa yang kita ada.



"Nak belok mana ni?" Tiba-tiba pakcik teksi bersuara.
Dah sampai rupanya.

Selepas membuat bayaran, dan ambil beg dari bonet, pakcik beri salam.
"Pakcik doakan awak cepat dapat jodoh ye."

Eh, tetiba je pakcik ni. :3

Allahua'laam,
Assalaamu'alaikum.

2 comments

  1. Sebab kebanyakan Muslim hari ini sudah bina 'defense mechanism' yang kukuh dalam diri mereka. Kena pecahkan yang tu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Defence mechanism" macam mana yang dimaksudkan?

      Delete