[Tutorial] Lagu dalam Blog

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum wr. wb.

InshaAllah hari ni kita akan belajar cara untuk memasak daging goreng- eh, silap. Cara untuk meletak lagu dalam Blogger. ^_^


1) Pergi ke http://scmplayer.net/



 2) Ikut arahan yang ada di website itu:

Pertama sekali, pilih style/warna player. Untuk tutorial ni, saya pilih yang Pink.
Kalau dah, tekan NEXT.

Psst, kalau nak yang comel sikit, boleh klik link "4000+ Custom Skins" tu. ;)


 3) Pilih lagu dari Youtube dan copy URL video tu: 

Pilihan video sekadar contoh. :3


4) Pergi balik ke SCMPlayer.net tadi. Paste URL Tadi di bahagian Song URL.
(Nampak tak player warna pink di atas tu? Itulah preview player anda nanti. :) )

Ok, dah? Tekan NEXT.




5) Sekarang boleh adjust sikit player tu ikut kemahuan anda.

Autoplay: Lagu akan main sebaik saja blog dibuka (tak perlu tekan Play) 
Shuffle Playback: Kalau ada lebih dari 1 lagu, lagu-lagu tu akan bermain tak ikut urutan. 
Default Volume: Kalau anda pilih autoplay tadi, kurangkanlah Default Volume ni. Takut terkejut pula pengunjung blog nanti. :3 
Repeat: Kalau rasa lagu sedap/best, bolehlah letak repeat. 
Placement of Player Bar: Sama ada di atas (macam dalam tutorial ni) atau di bawah (macam di blog ini). 
Show Playlist by Default: Kalau ada lebih dari 1 lagu, playlist akan muncul secara automatic di blog anda. Kalau nak nampak kemas, tak perlulah tick kotak ni. :)

Dan macam biasa, kalau dah, tekan NEXT.



6) Select All (ctrl+a) code yang diberi, dan Copy (ctrl+c). Pastikan dah copy betul-betul ye. :)



7) Sekarang pergi ke homepage Blogger anda. Klik TEMPLATE.



8) Kemudian klik EDIT HTML.



9) Ok, sekarang anda akan nampak satu kotak besar yang penuh dengan html. 

Jangan panic, tenang-tenang je, dan ikutlah arahan seperti di dalam gambar tu. ^_^
(Pastikan anda klik mouse satu kali dalam kotak html tu. Kalau tak, Search Box yang keluar nanti untuk browser, bukan untuk kotak html tu).



10)  Tenang-tenang dan ikut arahan~ ^_^



11) Ok, ingat tak code SCMPlayer yang kita copy tadi, inilah masa untuk paste.

Sediakan sedikit ruang di atas "</body>" (tekan Enter), dan paste code SCMPlayer.
Dah, biarkan. Jangan ganggu apa-apa lagi ye.
Ok, boleh tekan Save Template. :)

InshaAllah, player akan muncul di blog anda lepas tu~ ^_^

Semoga membantu dan bermanfaat, inshaAllah.
Kalau nak tanya atau request tutorial lain, bolehlah bagitau ye. InshaAllah saya akan usahakan semampunya. :)

Assalaamu'alaikum.

No comments