Focus Points Dalam Solat

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum wr. wb.

Apa khabar. :)
Terima kasih sebab sudi jenguk ke blog yang tak seberapa ni. Sambil-sambil tu, bolehlah tolong sapu-sapu sikit ye. Berhabuk sikit blog bulan ni. :3

Saya nak kongsikan sesuatu yang tiba-tiba Allah ingatkan pada diri yang selalu terlupa ni. Dan sebab ianya bermanfaat pada saya, rasa teringin untuk kongsikannya bersama. Semoga bermanfaat juga, inshaAllah.



Teringat satu ketika dahulu,  terdengar di radio IKIM tentang beberapa points dalam solat yang kita perlu fokus lebih sikit untuk tingkatkan kualiti solat. Er, harap tak silap faham. Solat tu dari awal hingga ke akhirnya harus kita fokus. Ia bukan rutin badan, tetapi ianya satu ibadah yang memerlukan consciousness of our mind, body, and soul. Cuma ada beberapa points dalam solat yang digalakkan untuk kita fokus 110%.

Fokus di sini bermakna kita hayati setiap kalimah yang dibaca. Kita sebut bukan sahaja di bibir, tapi di minda, dan di dalam hati juga. Cuba untuk baca setiap kalimah dengan penuh keikhlasan. Haa, kalau kita tahu makna bacaan solat, inshaAllah laaaaagi senang nak buat ni. Jadi, kalau selama ni kita cuma baca apa yang dihafal semata, kali ni kita cuba perbaiki.

Untuk tips menambah rasa khusyu' dalam solat yang lain, bolehlah klik di sini. :)

Ok.

Berbalik kepada perkara yang saya nak kongsi sebenarnya: 'focus points' untuk tingkatkan kualiti solat. Harap maklum, saya pasti ustaz di IKIM.fm tu ada kongsikan beberapa points lain. Tetapi ini sahaja yang saya mampi ingat buat masa ni. Jadi, mana yang salah harap betulkan, inshaAllah. :)

1. Bacaan Surah Al-Fatihah


Surah ni antara rukun solat. Kita wajib membacanya dalam setiap rakaat, setiap waktu solat. Kita dah selalu sangat membacanya, sampai ia terasa sebagai satu rutin. Bila sesuatu dah jadi rutin, perbuatan itu akan automatic; dah tak ada feel (eceh.heh).

Dan sebab itulah, kita perlu fokus lebih sikit. Sebab kita senang sangat terleka dan masuk mode automatic bila membaca al-Fatihah. Apalah gunanya baca surah lazim panjang-panjang, merdu-merdu, lunak-lunak, kalau rukun solat entah ke mana- ye idok?

Jadi, bacalah semula terjemahan al-Fatihah. Faham dan hayati maknanya. Masa solat, baca perlahan-lahan. Sebutkan pada bibir, dan dalam hati. Serahkan semua fokus kita hanya kepada Allah.


Ustaz di radio IKIM itu tekankan pada ayat di atas. Semasa membaca ayat ini, berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Fikiran kita, jasad kita, dan ruh kita. Lupakan dunia, manusia, harta, dan kerja. Lupakan semuanya buat seketika, dan berserah kepada Allah yang Maha Memiliki.

Sebab tanpa Allah, apalah urusan dunia kita.

2. Sujud



Sujud adalah satu detik dalam hidup kita di mana kita berada saaaaaaaangat dekat dengan Allah. Sebab tu kita digalakkan untuk banyakkan berdoa ketika bersujud.


أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ 

“Posisi paling dekat antara hamba dengan Rabbnya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah kalian berdoa.” (HR. Muslim No. 482)

Masa sujud tu, pastikan setiap anggota badan kita terletak dengan betul.
Tapak tangan kita, kaki kita, lengan kita, dahi kita, badan kita.

Let our body and heart be aware and conscious of the fact that we are currently doing a sujud; that we are currently near to Allah. Let your heart go to its Creator, dan berdoalah dengan seikhlas hati.

Selain berdoa, jaga bacaan solat ketika bersujud juga. Hayati maknanya, dan yakin dengan ucapannya.

3. Tasyahhud



Ucapan kalimah "ashhadu an laa ilaha ilallah, wa ashhadu anna Muhammada rasulullah" bukanlah ucapan biasa. Ia adalah satu ikrar- satu penyaksian. Perlu ada rasa yakin dengan keyakinan yang sangat meyakinkan bila mengucap 2 kalimah syahadah ini.

You must really mean it when you say it.

Tak ada keraguan. Tak ada was-was. Dan bukan ucapan yang kosong/tak bermakna.

Sekali lagi, baca semula terjemahan 2 kalimah ini, fahamkan ia, dan hayatilah ia.

---

Itulah antara focus points dalam solat yang kita perlu benar-benar rasa ikhlas dan yakin- bukan sahaja dari segi bacaan, tapi dari segi consciousness jasmani dan juga rohani.

Semoga ia bermanfaat, dapat membantu kita tingkatkan ibadah, dan dekatkan diri dan hati pada Allah, inshaAllah. :)

Semoga Allah menerima setiap ibadah kita, dan ampuni kesalahan kita, inshaAllah.
Selamat beribadah~

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

PS: Maaf ayat rojak. ^_^v

No comments