Al-Fatihah Buat Sekeping Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله 



Al-Fatihah buat sekeping hati.
Yang semakin lapar dari hari ke hari.
Zikir yang diidamkan masih lagi dinanti.
Hanya dendangan dunia yang sering diulangi.

Al-Fatihah buat sekeping hati.
Hati yang sangat merindui Penciptanya.
Kian hari kian jauh terasa.
Semakin jauh tenggalam dalam urusan dunia.

Al-Fatihah buat sekeping hati.
Yang mendambakan keredhaan hakiki.
Pintanya terkabur oleh pinta duniawi.
Duniawi yang meminta tanpa henti.

Al-Fatihah buat sekeping hati.
Sedekah (Al-Fatihah)nya masih belum diterima.
Kerna si pemilik sering tidak mengendahkannya.
Disangka si hati tiada pentingnya.

Andai kita dapat lihat keadaan sebenar hati, 
Pasti Al-Fatihah akan kita sedekahkan tiap hari. 
Untuk iman yang masih tidak mencukupi, 
Untuk diri yang masih tidak sedari. 



"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.