"Saya Tak Nak Masuk Syurga"

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم و رحمة الله

gambar sekadar hiasan

[Harap maklum, bahasa rojak di bawah. Terima kasih.]


Terkejut dengan tajuk di atas?
Saya pun.

Sebenarnya, ada pelajar yang mengatakannya kepada saya. Ada juga dua peristiwa lain di mana pelajar lain pula mengatakan perkara yang lebih kurang sama.

Semoga perkongsian ini dapat membuka dan meluaskan perspective kita, dan dapat dijadikan satu renungan, inshaAllah.

SITUASI 1

"Saya tak nak masuk syurga"

Eh?
Pelajar berumur lebih kurang 10 tahun tak nak masuk syurga?
Seingatnya dulu, kalau ustazah tanya siapa nak masuk syurga, mesti satu kelas bersungguh-sungguh angkat tangan.. sampai ada yang melompat-lompat. Semangat nak masuk syurga.
Tapi dia pula...

"Kenapa awak tak nak masuk syurga?"

Matanya bulat, seperti terbayangkan sesuatu yang menggerunkan.
"Sebab nanti saya tak dapat jumpa kawan cina saya. Tadi ustazah kata orang Islam je yang masuk syurga, kan?"

Tarik nafas panjang.
Tak pasti macam mana nak teruskan.
Nak sebut tentang agama dan bangsa ke?
Atau tentang rahsia takdir Allah? Dia faham ke?
Mungkin boleh mulakan dengan sesuatu yang simple...

"Dalam syurga nanti, inshaAllah apa yang kita minta, Allah kasi. Awak boleh minta pada Allah untuk jumpa kawan tu." saya senyum reassuringly pada dia.

Dia tertunduk. Nampak tak berpuas hati dengan jawapan tu.
Dalam fikiran saya pula, seribu satu perkataan datang. Tapi tak dapat bina ayat yang sesuai untuk dia...ayat yang mudah difahami. Ayat yang dia boleh relate to, dan boleh terima.
Erh, macam mana nak kata ye...

Tiba-tiba dia bersuara.
"Dekat syurga ada WIFI tak?"

Terkesima.
Pula.

Rasa macam ada satu suara kecil yang seakan berbisik lembut di telinga,"al-Wahn..."
Ish.
Adik ni takut syurga sebab dia belum faham- bukan sebab dia pilih dunia over syurga.
Buat masa ni mungkin dia hanya kenal dunia. Jadi, logiklah kalau dia cuma cintakan dunia.

Bila dia tahu tentang keindahan syurga dan merasai cinta Allah, tentu dia akan berubah fikiran, inshaAllah.



SITUASI 2

"Maybe going to jahannam isn't that bad", dia kata. Wajah remajanya nampak begitu bersahaja.
Sedar atau tidak apa yang dia katakan tadi?

"Why do you say that?"
Nak tahu juga.

"Because, you know. Yeah we'll be punished and everything. But we'll be going to heaven anyway."

Teringat sesuatu yang pernah terbaca dulu...

"Bayangkan kita disuruh duduk di dalam tandas yang kotor dan jijik.
Najis, darah, dan nanah merata-rata. 
Berapa lama kita boleh tahan?
Satu hari?
Satu jam?
Satu minit?

Masuk sesetengah tandas awam pun kita tak tahan. 

Inikan pula neraka.
Bukan sahaja darah dan nanah menjadi hidangan, tapi keliling kita api yang dah marak terbakar beribu tahun. Tambahan pula kita di situ bukan saja makan angin- kita akan diseksa."

Baru mula tarik nafas untuk kongsikan dengan dia, dia bersuara lagi.

"You know what?", matanya bulat berkaca sedikit. Macam baru dapat ilham.
"Imagine if something wrong happened when the wahyu came down, and that the description of heaven is actually the jahannam- and what we thought was jahannam was actually heaven all along. And we've been praying for the wrong thing!", dia tergelak sedikit.

Istirghfar panjang.
Boleh pula terfikir macam tu.
Dia tak tau ke?

Oh.
Mungkin juga.
Dia belum tahu dan belum faham lagi.

Kalau dia tahu yang Allah tu tak macam manusia, dan tak akan buat salah;
kalau dia tahu gambaran syurga dan neraka yang diberikan dalam al-Quran;
kalau dia tahu beribu tahun lamanya kita akan diazab di neraka (na'udzubillah min dzaalik),
mesti dia tak akan berkata begitu.




SITUASI 3

"I don't want to go to syurga"

Allah, ayat ni lagi.
Ok, relax.

"Kenapa?" Saya tanya sambil memandang tepat wajah si kecil tu.
Nampak tenang dan yakin.

"Because I like it here. I want to stay here. I want to go to Indonesia again, and see all the beautiful things..."

Okeeeyyy~

"Sebenarnya kan, syurga tu laaaaaaaaaaaagi best dan laaaaaaaaaaaagi cantik. Kalau kita nampak tempat cantik dekat sini, syurga tu seribu kali lagi cantik sebenarnya!"

Terus panjang lebar ceritakan keindahan syurga padanya.
Dia diam.

"Can we see Allah in the syurga?"
"InshaAllah, boleh!"

Dia tersenyum lebar, lalu terus sambung buat tugasan di buku kerja.



.....................

Anak-anak ni sebaiknya kita dedahkan dan kenalkan tentang islam, dan tentang agama sejak dari kecil lagi. Ibu dan ayah memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ni. Sebab tu kita sendiri perlu belajar dan ambil tahu tentang agama. Bukan hantarkan anak ke sekolah agama dengan harapan dia akan jadi anak yang soleh/solehah. Sekolah itu "step 2". Didikan di rumah itu "step 1". 

Kata orang, "tak kenal, maka tak cinta". 

"Carilah ilmu mengenal Allah,
tanamkan takut neraka Allah.
Semaikan harap syurga Allah,
carilah keredhaan Allah..."
'
[Raihan, Merayu Rindu]




Semoga Allah memelihara kita semua, aamiin.
Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

No comments